Fuhhh!!! dengar jew lagu ni mesti naik bulu roma aku. lagu yang aku maksudkan ialah lagu kebahagian dalam perpisahan. lagu ni dinyanyikan oleh peserta AF8 yang baru jew melabuhkan tirai persembahan baru-baru ni. namanya syahir. dan syahir ni dapat no 1 tau. untung mamat ni. suara sedap dan muka pom boleh tahan. memang pakej serba lengkap nak jadi seorang penyanyi ni. best giler lagu ni. memang tak puas dengar. dengan lunak suar yang macho dan ditambah pulak dengar muka yang sememangnya macho...huhuhuhuhu. hari-hari aku layan lagu ni. memang takat didih lah. so, aku postkan lirik lagu ni kat blog ni..
Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
0 comments:
Post a Comment