SELAMAT HARI GURU

16 MEI merupakan hari guru..so macam biasa..aku nak ucapkan selamat hari guru buat semua golongan2 pendidik di seluruh MALAYSIA..terutama untuk guru2 yang telah mengajar aku dari kecik sampailah dah besar panjang ni..hehehe..antaranya

-Cikgu2 Tadika Kemas Nurul Hanis Bt 25

(zaman paling menyeronokkan)

-Cikgu2 Sekolah Kebangsaan Machang 2

(zaman tahu erti persahabatan)

-Cikgu2 Sekolah Menengah Kebangsaan Machang

(zaman mengenal erti kehidupan yang sebenar)

sekalung perhargaan buat diorang..sebab mereka aku jadi "manusia" sekarang

serius aku rindukan zaman persekolahan

buat guru2ku yang telah kembali ke rahmatullah

aku sedekah Al-Fatihah

miss them badly :(

buat kawan2 seperjuangan sekalian

jadilah cikgu yang baik

jgn sesekali pasang niat jd cgu 25 haribulan

iklaskan hati

IM PROUD TO BE A TEACHER!

p/s: jangan menderhaka arahan guru selagi arahan tu xmendatangkan keburukan pada kita.

SEM DEPAN AKU NAK IPAD !!!



Tadi masa dok tunggu member oder makanan

Adalah sorang mamat ni

Perghhh!!! Bawak IPAD baii

Pakaian sengkek ja pom

Tapi mampu beli IPAD

Mulalah hati aku

ni mengamok


Nak jugak IPAD

Ahhh aku xkira !!

Sem depan aku nak jugak IPAD

Kalo mamat tu boley beli

Xkan aku xley beli

Lantaklah apa orang nak kata

IPAD sekarang dah turun harga pom

Mampu ja aku beli

Lagipom memang aku cada

ng nak beli something sem depan

Hajat di hati nak beli netbook

Sbb nak ringankan beban

Tapi dah IPAD turun harga

Baek aku rembat IPAD ni

RM1199 ja pom

Lagi satu masalah

Aku ni mudah tergoda

Samada nak beli IPAD @ IPAD 2

IPAD 2 perghhhh!! Cun bebb!!

Nipiss siatt (cakap org kelatan)

Whateverlah

Janji IPAD

Xsabar nak tunggu elaun sem depan

IPAD tunggu aku yer !!

Hahahhahha

p/s: dapat elaun RM3000 terus lesap separuh..lpas 3 bulan mulalah cakap xda duit..hu3..xpa demi IPAD aku sanggup..gara2 mamat tu aku jd camni..hu3

SELAMAT HARI JURURAWAT

Selamat hari jururawat !!

Ucapan tulus e-class ini khas untuk:

Kakak

Si buah hati

Member2 sekolah dulu

Serta nurse2 yang ada di seluruh dunia

Jadilah jururawat yang terbaik!!

Jangan garang2 tau

Nanti pesakit makin sakit

Hahahhaha!!


Aku adalah bercita-cita nak jadik nurse

Aku pikir jadi nurse ni best

Budak laki jarang minat jadi Cik Misai

Tapi bg aku

Ni chance bg aku nak rembat kerjaya ni

Dah orang xnak aku masuk line lah


So target aku nak ambik Diploma Kejururawatan

Masa isi UPU tu aku letak Dip. Kejururawatan sbg pilihan pertama

Dengan harapn dapatlah aku jd nurse

Xcukup ngan tu

Aku isi pulak kursus Separa Perubatan (SPA8)

Then isi pulak PPUM


Dipendekkan cerita

Aku dapat temuduga SPA8 ngan PPUM tu

Mmg hepi gilerlah

Tapi nervous lah nak kena bertemuduga

Hahhahaha

Pulak tu temuduga Maktab, Spa8 ngan PPUm memang dekat2

PPuM tu mmg dalam dua jugaklah

Maklumlah jauh beb!! KL tu

Lagipun manalah tahu kot2 aku xdapat kos tu

Kan sia2

Tapi mak aku cakap: pi la mana tahu kot2 sangkut ker

Aku apalagi on jelah


Dan dipendekkan cerita lagi

AKU XLULUS TEMUDUGA TU!!

UPU POM XDAPAT!!

Kempunan aku nak jadi misi

Huhuhuhuhu


Tapi ALLAH S.W.T tu maha Adil

Dia bagi aku kerjaya sebagai pendidik

Dan dia bagi calon teman hidup aku seorang nurse J

Sorang cikgu sorang nurse

Tapi kakak aku xbaper nak sokong adik ipar dia nurse

Maybe dia tahu yg nurse ni kerja xtentu masa

Mana tahu kot2 aku dipinggirkan

Huhuhuhuhu

Biarkan takdir yang tentukan segala2nya

CEEHHH!!

Bagiku nurse insan yang CUNN!!

:)


p/s: mak aku cakap..nurse pom okay apa..tapi seeloknya cari cikgu..cuti pom sama..xdewlah bergaduh bila nak balik raya..xpa, kuota aku ada 3 lagi..semua aku rembat..misi, cikgi, pmbantu farmasi, polis..hahahha..:)

AKU BUDAK BERLAGAK???

Hari ni dapat satu mesej dalam fb

Msj ugutan

Cakap yang negatif pasal aku

KO APASAL Wei !!!!

Aku gurau ja pom ngan ko

Selama ni ko gurau ngan aku macam tu

Sikit pom aku x ambik hati

Alahai rapuhnya hati ko

Cakap KITA KAWAN DAH LAMA

Tapi sampai sekarang ko xpaham jiwa aku

Perangai aku

Yang xboley tahan ko cakap

Ko cakap aper td???

Mentang2 aku masuk maktab aku berlagak

Alahai sampai yang berlagak sekarang ni??

Perlu ke ko mention macam ni

ALAH AKU POM MASUK MAKTAB SAMA NGAN KO

Tu xdikira berlagak ka

Ni nak habaq mai

Aku masok maktab xda pom menyusahkan ko

Sikit pom xbergantung dengan ko

Seingat aku beli no pin maktab pom pakai duit aku

Setahu aku pernah menyusahkan awek aku ja

Suh temankan beli no pin dekat aku

Dan aku xthu BEST STUDENT pom ikut masuk maktab

Alah, aku tahu

Mesti ko nak cakap

EH AKU YANG CEK RESULT UNTUK KO OKAY!!!

La, yg tu pom nak berkira ka?

Masa ko nanges2 nak kuar matrik

Sapa yang dengar air mata ko tu???

AKU KAN???

Aku sikit pom xberkira ngan ko

Dah la wei

Niat aku mmg nak gurau

Dan satu lagi

Nak ingatkan

Aku masuk maktab demi MAK BAPAK AKU!!

Mmg diorang xpaksa aku masuk maktab

Tapi, nak naikkan maruah family aku

Xnak ada orang pandang sero kat keluarga aku

Aku boley buat duit bila keluar maktab

Beli kereta beli rumah beli segala2nya

Belajar pom free

Xdalah aku dok mintak duit mak bapak aku tiap2 bulan

Xpayah bayar PTPTN

Ikutkan hati

Aku nak ja go on dalam bidang bisnes

Tapi aku fikirkan masa depan aku n my family

So, mmg tujuan aku masok maktab

BUKAN UNTUK BERLAGAKK!!!

Dok sini macam neraka tau x

Hari2 terseksa jiwa

Tapi aku iklaskan hati aku

Finelah broder

Atas ko la

Nak kawan lagi x ngan aku

Aku malas nak decided

Aku mmg xlayak nak dijadikan kawan

Tambah2 ngan hati yg SENSITIF

p/s: dalam dunia ni mmg kna jaga ramai HATI. Silap jaga HATI kita yang MATI. Dalam hidup kena berkorban :D

HARI YANG PANAS


harini terlampau la panas sampai merekah bibir aku yg mungil ni..hahaha

naseb baik harini xda kelas

so boleylah aku tido sepuas2nya..hahhahaha

tapi petang tadi ada taklimat tuk exam

terpaksa la berpakaian formal

pakai kemeja siap bertie

memang panas la

sbb dengar cerita air-con dewan tu rosak

mengelegak la kepala hotak aku ni

huhuhu

ikutkan hati mmg nak pakai jersi kelas

sejuk sikit

tapi.....

semua baju dok dalam baldi lagi..hahhaha

aku makin malas sekarang..:)))


maka, terpaksalah eden tadah telinga dengar bnda yang sama

adoiii, 3 sem teman dengar bnda sama

alih2, bawa IC, kad matrik, slip exam

jangan bawa nota, jgn meniru bla bla bla bla bla

alahai nak bagi slip je pom

xpayahlah kerah satu batch p dengar bnda sama

then bnda yg sama (slide brifing exam) akan diulang-ulang

sonang cerito, meh den sedut slide tu

den briefing dengan housemate den

sonang cito

xdalah bzir tenaga, wang minyak nak p dengar

tu cadangan aku ja kot2 nak jimat kos


bukan setakat di dewan ja aku panas

tapi ada lagi benda yang bikin gua panas

tadi aku pi makan petang sekali ngan dinner

kuar awai sikit

malas nak ganggu waktu study *kononnya

then, cam biasa

proses oder mengoder makanan berlaku

maka terjadinya misunderstanding antara aku ngan pelayan kedai tu

kawan aku xterkecuali

aku oder lain dapat lain

aku oder telur mata dapat telur dadar

macam la aku ni kaya sangat nak makan telur dadar

duit cukup2 nak bayor telur mata ja broder huhuhu

oder roti kosong xsampai2

adoiiiiiiii

member aku pulak

mintak milo ais dapat milo panazzzz

dahlah cuaca panas masa tu

kipas kedai tu pusing macam xcukup eletrik

bukan sekali bnda ni berlaku

tapi dah masuk kali ke-2 maybe ke-3

haritu oder mee goreng

batang hidung mee goreng pom xnampak

aku rasalah something wrong ngan pelayan dia tu

xkanlah nak jerit2 kot masa nak oder makanan

kan nampak cam kanibal pulak

macam kebulur nak makan

huhuhu

malas la nak boikot sbb kedai tu dekat dengan maktab

proses nak serving kat customer pom boley tahan cepat

apa2pom

hidup kena sabar

hehehehe

p/s: cuaca sekarang memang makin panas. so minum air banyak2. untuk mengelakkan hidrasi berlaku. jaga kesihatan. peace no money :D


please klik benda ni. then sign up. untung2 boley menang =)

http://www.churpchurp.com/dean6301/share/digi-senangsenangmenang