Ab!s sUdaH

kejapnyer masa berlalu. arini genap umur aku 20 tahun. dan hari ini hari yang paling boring. adooiii. sepatutnya hari jadi hari yang paling best. hahahhaha. tahun ni aku dok berkurung jer dalam bilik. takda istilah jalan-jalan. tapi adalah kuar kejap tapi untuk hal lain. memang niat di hati nak jalan-jalan. tapi memandangkan masing-masing sibuk dan duit pom kureng. terpaksa aku menelanya dengan redha. sambut depan skrin laptop pom best apa. oklah. xmenang tangan taip perkataan "terima kasih" "tq""xie xie" dekat orang yang wish dekat aku. hahhahaha.


bangun pagi tadi. selepas subuh terus bukak laptop. tengok wall. hahhahaha. excited doe. dok layan-layan kejap. then sambung tido balik (jgn tiru yer adik-adik). sedap lena diulit mimpi indah. tiba-tiba bunyi hendset lagu "adam lambert". tengok-tengok "CIK MIMI' yang call. nak prank ka nak wish ni. maklumlah tengah mamai. last-last dia cakap yg dia nak suruh aku teman Cik Megat pergi klinik. Cik Megat sakit kaki sebab terpijak pacagari ink. ouchh. sakit doe. huhuhu. then, tanpa banyak cakap. aku on ja. maklumlah semua ditaja. aku pom lama xkuar jalan. lepas balik klinik adalah Cik Mimi cadang nak makan Nasi Ayam Periuk besar. tapi sebab beberapa faktor yang menghalang intergreti Cik Mimi nak belanja so, kitorang cancel. niat cik Mimi baik sangat. thank you sbb blnja tambang kereta..

balik ja kat bilik..terus main FB. layan apa yg patut. then dengar radio HOTFM. last2 terpikiq nak request lagu la kan. saja nak femes. hahahhaha. masa tu Dj Suraya yang kendalikan Hotfm corner. request dekat FB dia. tapi xdapat. adoiii. frust. tetap tak putus asa. aku tunggu jugak. tak kira nak jugak nama aku disebut kat udara. hahhaha. then lebih kurang pukul 3.50ptg. Dj deen ambik turn dan dia cakap sapa nak request 2 lagu boley mintak dekat FB dia. apa lagi, aku tulis cepat2 lagu yang aku nak. then tekan "ENTER". dan aku jadi pemintak lagu yang pertama. dalam hati. yes ada changes nak dapat. 5 minit lepas tu. perghhh!! nama aku terus disebut. hahhahahha. bangga2. tapi satu lagu ja dia sempat putarkan. okeylah kan.

eemmm. aku memang ada cadangan nak buat parti hari jadi ni. tapi tak tahu bila. kecik2 ja kot. ajak jiran-jiran yang rapat ja. tak da bajet. semangat nak beli kek tu tetap ada. hahhahaha. even kek beli sendirik. nak harapkan orang lain. lambatlah. diorang pom takde duit. lainlah aku ni femes sangat kan. hahhahahahha. okeylah. besday boy dah menutup tirai jendelanya. esok berkuliah pulak. so tido awal. doakan aku untuk exam UAK ni yer. terima kasih semua. graciaa!!

0 comments: