~♥✿10 pRiNSIp IsLAm HaDhaRi ~♥✿

disini nota pasal ISLAM HADHARI yang kemungkinan keluar esok yer. hafal yang pun dah kira okay dah. hehehe. selamat berjuang buat semua yer. best wishes!!

1. Keimanan dan ketaqwaan kepada allah

i. Keimanan yang mantap
ii. Ketaqwaan yang menyeluruh
iii. Pegangan agama yang teguh
iv. Pengamalan kolektif dan nilai-nilai murni
v. Masyarakat beragama yang berteraskan prinsip rukun Negara

2. Kerajaan adil dan beramanah

i. Pentadbiran yang adil bagi semua rakyat
ii. Urus tadbir yang berkesan, telus, amanah, ikhlas, tekun dan tanggungjawab
iii. Kebajikan rakyat terpelihara
iv. Berjimat cermat elak pembaziran

3. Rakyat berjiwa merdeka

i. Semangat jati diri
ii. Berfikiran terbuka
iii. Kreatif dan inovatif
iv. Mampu bersaing
v. Berdaya maju
vi. Tidak terbelenggu kesan penjajah
vii. Berdikari
viii. Berusaha menerima perubahan

4. Penguasaan ilmu pengetahuan

i. Umat yang cintakan ilmu
ii. Menjadi bangsa peneroka ilmu
iii. Mendalami ilmu fardhu ain
iv. Menguasai semua bidang ilmu kifayah
v. Bersedia menggialkan ilmu negative yang boleh merosakkan akidah dan masysarakat

5. Pembangunan ilmu seimbang dan komprehensif

i. Umat yang mengambil berat tuntutan fardhu kifayah
ii. Umat yang maju dibidang ekonomi
iii. Negara yang maju dan barakah
iv. Elak pembaziran dalam aktiviti ekonomi
v. Mengutamakan golongan kurang berkemampuan
vi. Negara membangun berasaskan ekonomi yang halal
vii. Keseimbangan ekonomi antara Bandar dan luar Bandar
viii. Kerjasama kondusif antara sector awam dan swasta
ix. Mengutamakan kepada ekonomi tang berkait rapat dengan keperluan asasi rakyat

6. Kehidupan berkualiti

i. Menjadikan ibadat asas kehidupan berkualiti
ii. Tempat tinggal yang selesa
iii. Persekitaran yang selamat
iv. Kehidupan yang sihat
v. Keluarga yang harmoni
vi. Pemakanan yang berkualiti
vii. Masyarakat yang penyayang
viii. Prasarana yang lengkap dan sempurna

7. Pembelaan hak minoriti dan wanita

i. Member perhatian kepada kumpulan etnik yang minor
ii. Beri keadilan yang sewajarnya kepada wanita
iii. Memberi perhatian kepada ibu tunggal
iv. Member perhatian kepada OKU

8. Keutuhan budaya dan moral

i. Memperteguh dan memelihara budaya berdasarkan nilai-nilai agama
ii. Membangunkan nilai moral masyarakat berdasarkan nilai murni
iii. Menangani secara berkesan budaya yang tidak sihat

9. Pemeliharaan alam sekitar

i. Kesedaran dan tanggungjawab manusia sebagai khlifah
ii. Pemuliharaan alam semulajadi yang berkesan
iii. Pembangunan yang seimbang dan berkesan
iv. Memanfaatkan sumber alam untuk perkara kebaikan
v. Mengelak pembaziran sumber alam
vi. Mengekalkan keindahan alam
vii. Memelihara sumber air dan udara
viii. Melindungi habitat kehidupan fauna

10. Kekuatan pertahanan

i. Membina pertahanan melalui modal insan (mental dan spiritual)
ii. Menyemarakkan semangat patriotic dan cintakan Negara
iii. Memastikan sistem pertahanan terbaik dan disegani
iv. Membangunkan kekuatan pertahanan berasaskan teknologi

Ab!s sUdaH

kejapnyer masa berlalu. arini genap umur aku 20 tahun. dan hari ini hari yang paling boring. adooiii. sepatutnya hari jadi hari yang paling best. hahahhaha. tahun ni aku dok berkurung jer dalam bilik. takda istilah jalan-jalan. tapi adalah kuar kejap tapi untuk hal lain. memang niat di hati nak jalan-jalan. tapi memandangkan masing-masing sibuk dan duit pom kureng. terpaksa aku menelanya dengan redha. sambut depan skrin laptop pom best apa. oklah. xmenang tangan taip perkataan "terima kasih" "tq""xie xie" dekat orang yang wish dekat aku. hahhahaha.


bangun pagi tadi. selepas subuh terus bukak laptop. tengok wall. hahhahaha. excited doe. dok layan-layan kejap. then sambung tido balik (jgn tiru yer adik-adik). sedap lena diulit mimpi indah. tiba-tiba bunyi hendset lagu "adam lambert". tengok-tengok "CIK MIMI' yang call. nak prank ka nak wish ni. maklumlah tengah mamai. last-last dia cakap yg dia nak suruh aku teman Cik Megat pergi klinik. Cik Megat sakit kaki sebab terpijak pacagari ink. ouchh. sakit doe. huhuhu. then, tanpa banyak cakap. aku on ja. maklumlah semua ditaja. aku pom lama xkuar jalan. lepas balik klinik adalah Cik Mimi cadang nak makan Nasi Ayam Periuk besar. tapi sebab beberapa faktor yang menghalang intergreti Cik Mimi nak belanja so, kitorang cancel. niat cik Mimi baik sangat. thank you sbb blnja tambang kereta..

balik ja kat bilik..terus main FB. layan apa yg patut. then dengar radio HOTFM. last2 terpikiq nak request lagu la kan. saja nak femes. hahahhaha. masa tu Dj Suraya yang kendalikan Hotfm corner. request dekat FB dia. tapi xdapat. adoiii. frust. tetap tak putus asa. aku tunggu jugak. tak kira nak jugak nama aku disebut kat udara. hahhaha. then lebih kurang pukul 3.50ptg. Dj deen ambik turn dan dia cakap sapa nak request 2 lagu boley mintak dekat FB dia. apa lagi, aku tulis cepat2 lagu yang aku nak. then tekan "ENTER". dan aku jadi pemintak lagu yang pertama. dalam hati. yes ada changes nak dapat. 5 minit lepas tu. perghhh!! nama aku terus disebut. hahhahahha. bangga2. tapi satu lagu ja dia sempat putarkan. okeylah kan.

eemmm. aku memang ada cadangan nak buat parti hari jadi ni. tapi tak tahu bila. kecik2 ja kot. ajak jiran-jiran yang rapat ja. tak da bajet. semangat nak beli kek tu tetap ada. hahhahaha. even kek beli sendirik. nak harapkan orang lain. lambatlah. diorang pom takde duit. lainlah aku ni femes sangat kan. hahhahahahha. okeylah. besday boy dah menutup tirai jendelanya. esok berkuliah pulak. so tido awal. doakan aku untuk exam UAK ni yer. terima kasih semua. graciaa!!

‎~♥✿.¸¸.•´✿◕HEpi beSday to DeAN‎~♥✿.¸¸.•´✿◕


hepi besday to me
hepi besday to me
hepi besday day to me
hepi besday to meee!!!
(gaya usop whilca)


alhamdullilah tanggal 17.4.2011 aku masih diberi kesempatan oleh ILLAHI untuk kecap dunia ni selama 20 tahun. hu3. bila hari jadi menjelma, pasti aku teringat dekat muka mak dan abah aku. tanpa diorang takkan aku membesar sampai dah umur 20 tahun (tapi xdewlah besar sangat..hahhaha). diorang susah2 bekerja cari aku makan. terima kasih mak abah. dean sayang mak abah. kalau diorang ada kat sini, aku nak peluk kuat-kuat mereka berdua. huhuhuhu

macam biasa ni tahun kedua aku menyambut tanpa famili di sisi. serius la sedih. tapi Tuhan tu maha adil. masih ada insan lagi yang nak celebrated dengan aku. tapi tulakan, masih xsetanding dengan famili kita. kalau macam tahun lepas, aku and the geng sambut dengan JayaJusco. kitorang makan dekat McD..perghhh!! sedap..tambah pulak dengan kek keju. memang menjilat bibir lah. ehhehe..tapi tu dulu..sekarang lain. maklumlah nak habis semester ni, duit dah kering. huhuhu. masa foundation takpelah duit masuk bulan2. dah naik degree ni, dia bagi gedebuk RM3000. manalah aku pandai nak manage duit banyak tu (banyak??). tapi takpelah, tengok esok macamana. nak celebrated ke tak..huhu..

malam ni paling best. tunggu orang wish HB (desprated sangat)..hahahha..perghh, bersusun orang beratur nak memberi ucapan. hahahha..serius doe, aku suka. it seem like kita dihargai. orang yang tak kenal pom wish. tapi tak tahulah kan ikhlas ke tak. hahaahaha..lantak la, janji ucapan2 yang memenuhi wall aku bisa mengukirkan senyuman di wajahku. hahahhaha. xkurang hebat wish dekat henpon. sori aku tak sempat balas. kredit xda. nak kol free pom guna IC kakak masa registered nama dulu. adoiii.

bila pikir2. sekejap ja masa berlalu. dah tua rupanya aku. angka 1 tu dah diambil oleh-Nya. aku xberhak pegang lama2 angka tu. dan dia bagi angka dua supaya aku sedar. yang aku ada masa yang singkat sebelum dia ambil semua angka dan tak bagi balik dekat aku. dan aku kena matang. dah taknak perangai cam budak-budak. tapi nak buat macaman sikap matang tu lambat nak meresap dalam diri aku ni. hehehehehe. xsabar nak tunggu esok. tengok wall FB. hahahhahah. nitez!!

*tens buat yg ucap salam kelahiran utk aku, terutama kaum famili, kawan2 sklah dulu, kawan2 mktab dan tak lupa untuk my beloved yg tercinta. sayang kamu. :)

~♥✿.¸¸.•´✿◕ CinTa ILLaHi TiaDA tanD!nGan~♥✿.¸¸.•´✿◕

Allahu Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya Engkau

Allahu Rabbi
Aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allahu Rabbi
Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan
kasih-Mu
dan membuatku semakin mengagumi-Mu

Allahu Rabbi
Bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu

Allahu Rabbi
Pintaku terakhir adalah seandainya kujatuh hati
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu...
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu

Amin !

horoskop aku hari ni. peacee!!!



Aries
March 21-April 19
Aries
April 12, 2011

You're about to be on the receiving end of some really wild news -- all of it positive. Expect the word to arrive from a higher-up you weren't sure had ever noticed you, and to be amazed to discover that you definitely haven't been ignored. Once that news sinks in, you may need to make a decision -- a serious, wonderful decision. Prepare yourself for a lovely bolt from the blue. Oh, and if it doesn't happen yesterday (when you wish everything would happen) be patient. It's coming.



Read more:http://today.msnbc.msn.com/id/8208308/#ixzz1JN63QuO1

watch out ur mouth "MY DEAR"

jangan menilai kesetiaan lelaki dr satu sudut sahaja..jgn mudah untuk menilai semua itu..kaum hawa pom apa kurangnya..jangan menggunakan pkataan "LELAKI" sekiranya anda hanya mahu melemparkan ketidakpuasan kepada "LELAKI YANG ANDA SAYANGI" sahaja..jgn babitkan LELAKI yg lain..mungkin mereka tidak seperti yg anda maksudkn itu..ingat! tidak semua lelaki seperti itu..status anda itu sedikit sebanyak menonjolkan kebodohan anda sendiri..;)

jaga "mulut" anda!!

(tengokk!!! celuparnya..hahahha)


(xnak jaga mulut baik kerat ja mulut tu..hahhaa)

mulut?? anggota paling berbahaya..angkara mulut badan binasa..mengerti sekalian semua..hahaha..so, jaga mulut anda..jangan laser sangat jangan celupar sangat..kalau hari-hari gosok gigi pom kalau tutur kata xjaga tak guna juga bai..bau longkang tahu tak! biarlah kita ni lebih bagus dari orang lain pom tapi kita tetap kena jaga tutur kata kita..tambah-tambah nak suruh orang lain hormat dekat kita..kalau mulut dah hampehh, sah-sah orang tak kan berani nak dekat..entah-entah jadi bahan umpatan orang lain..lagi siksa..buat tambah dosa orang ja..sebagus mana pom kita tetap tak boleh cakap yang bukan-bukan dekat orang lain..dosa tau tak!! ingat tu..lainlah otak dah bebal xboleh dengar cakap oorang lain..kalau ada kes macam tu, memang dah xboley nak buat apa..hahhahahhahah

20 KAREKTOR MANUSIA BERDASARKAN KENTUTNYA

dah borink rileks kejap lepas buat folio PBS..aku ada jumpa sal pesronaliti manusia melalui kentut..kelakar pom ada..benda ni dah lama ada, saja ja nak post *xdew idea nk updated apa..hhahaha

1.Yang TIDAK JUJUR - Orang yang kentut lalu menyalahkan orang lain.
2.Yang BANGANG - Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.
3.Yang BERWAWASAN LUAS - Orang yang tahu bila harus kentut.
4.Yang SENGSARA - Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.
5.Yang MISTERIUS - Orang yang kalau kentut, tidak diketahui ada orang lain
6.Yang GUGUP - Orang yang tiba-tiba menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.
7.Yang PERCAYA DIRI SENDIRI - Orang yang selalu mengira kalau kentutnya bau harum. 8.Yang SADIS - Orang yang kalau kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.
9.Yang PEMALU - Orang yang kalau kentut tidak bunyi tapi lalu merasa malu sendiri.
10.Yang STRATEGIK - Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan kertawa terbahak-bahak supaya tidak didengari orang lain.
11.Yang BODOH - Orang yang kalau habis kentut menghirup udara untuk menggantikan (angin) kentutnya yang keluar.
12.Yang PELIK - Orang yang kalau kentut di keluarkan sikit-sikit, sampai bunyi "pstt...pssttt..psssttt..."
13.Yang SOMBONG - Orang yang sering menghidu bau kentutnya sendiri
14.Yang RAMAH - Orang yang senang menghidu kentut orang lain.
15. Yang tidak senang BERGAUL - Orang yang kentut sembunyi.
16.Yang AKUATIK - Orang yang kentut di dalam air sampai bunyi "blekuthuk-blekuthuk" 17.Yang ATLETIK - Orang yang kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.
18.Yang JUJUR - Orang yang mengaku kalau habis kentut
19.Yang PINTAR - Orang yg boleh menandai/mengenali bau kentut org lain.
20. Yang MALANG - Orang yang nak kentut tapi terkeluar taik....
BETUL KAH SEMUA DI ATAS????
JUST FOR FUN.........