Duhai Elaun !! : Fakta Yang Kita Kena Faham

Assalamualaikum dan salam sejahtera ( sebut dengan gaya intonasi Puan Yati HEP..hehehe)

Alhamdullilah, akhirnya teman dapat juga menulis sedikit sebanyak coretan hati teman ni..bukan apa..teman ni xdew masa sebenarnya nk bebelog ni (bajet bizi lah kan)..faktor yg paling sadis ialah teman ni bukannya rajin bebenor meng"update" blog ari2..setakat tulis status dekat FB tu boleylah..haahhaa..topik permulaan teman kali ni mmg hangat sikit..lau silap sebut mahu teman kena tangkap dibawah akta 174..tapi, teman disini nk memperbetulkan persepsi para pelajar sekalian (bebudak maktab@ IPG) berkenaan dengan elaun..teman pom geram sebenarnya kalau sebut pasal elaun ni..yelakan, tu jelah sumber kewangan yang teman ada..teman bukannya orang yang senang..bukan jenis yang suka apply biasiswa PA&MA..diorang pom bukan selalu adew duit..semua harga barang naik, cuma hujan ja yang turun..tapi, kita kena la paham jugak yer..kenapa elaun kita masuk lambat..sbb mmg banyak proses nak mndapatkan elaun utk semua pelajar IPG ni..jgn main terjah jer..buat andaian tu, andaian ni..x elok sbnarnya..tahulah pihak atasan buat kerja diorang tu..yg paling sadis JPP lah..ari2 kena terjah..macam artis kena tangkap khalwat plak kan..kesian kat diorang..bukan JPP yang pegang duit tu..diorang just org tengah yg sedaya upaya cuba membela nasib mahasiswa yang lain..diorang pom plajar cam kita jugak kan..so, berhenti-hentilah meng"usha" pejabat kewangan lagi yer..apa yang penting korang kena paham prsoses untk mengagihkan elaun kpada semua plajar di sluruh IPG..prosesnya lebih kurang macam ni:


Kadar kemasukan elaun bergantung kepada banyak faktor mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan:
1. Peruntukan kewangan IPG kita ini kebiasaanya diperuntukkan 2 kali setahun iatu pada awal dan pertengahan tahun. Peruntukan ini diuruskan oleh pembendaharaan negara ini.Kadangkala peruntukan ini masuk agak lewat menjadikan tiadanya peruntukan elaun untuk kita semua.
2.Setelah peruntukan masuk,maka tugas pentakbiran pelajar pun bermula untuk menguruskan nama-nama pelajar yang layak untuk elaun dan yang sebaliknya, senarai nama yang mencecah seribu lebih disemak berulangkali bagi memastikan tiada kesilapan.
3.Kuasa tarikh kemasukan elaun adalah bergantung di tangan Tuan Pengarah IPG masing-masing, setelah selesai urusan pentakbiran terpulang pada kebijaksanaan Tuan Pengarah untuk menentukan tarikh tersebut
4.Proses elaun melibatkan banyak pihak yang boleh dilringkaskan seperti ini HEP>KEWANGAN>PENGARAH>KEWANGAN>BSN>HEP
5. Kadang kala keadaan server offline di BSN menangguhkan proses kemasukan elaun yang mencecah jutaan ringit bagi kesuluruhan pelajar.
6.Bagi PISMP tarikh yang dijanjikan ialah 10 hari bekerja setiap bulan,maka kiralah berapa hari minggu yang terkecuali .
7. Peranan JPP selaku pembela pelajar juga perlu memainkan peranan penting, Biro Kebajikan dan keseluruhan JPP berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan elaun dimasukkan secepat yang mungkin. Exco JPP hampir setiap hari menemui pegawai yang terlibat bagi meminta dipercepatkan kadar kemasukan elaun,kerana kami juga pelajar seperti anda .Hasilnya elaun buku semester lepas dipercepatkan tarikh kemasukan awal dua bulan daripada tarikh yang ditentukan Tuan Pengarah IPG masing-masing.

Diharapkan penjelasan ini tidak lagi mengundang provokasi-provakasi liar berkaitan elaun, Selaku bakal pendidik ,kita haruslah meletakkan kewarasan akal sebagai pedoman utama,bersyukurlah kerana diberi biasiswa sepenjang pengajian kita untuk bergelar seorang pendidik. Akhir kata mulakan semester baru dengans enyuman dan uruskan elaun anda nanti dengan sebaiknya. Wassalamualaikum!!

0 comments: