Cinta Aku Seadanya



3 hari aku nak abiskan membaca novel ni..secara kasarnya jalan citer ni best la jugak kan..tajuk dia pom dah ala2 romantis gitu kan..tenkiu yer cik Megat bg aku pinjam novel ni..nak harapkan aku beli lama lagilah..tambah2 elaun xmasok ni..dah masok elaun ni, mmg aku serbu kedai popular @ MPH..tunggu masa ja..

watak dalam citer ni
~ MUSZAHRI ( cool, kacak, romantis p kadang2 blur pasal hati dan perasaan perempuan, anak yg taat pada emak dan ayah)
~SYIFA ( lurus bendul, merendah diri, penyabar, ada tanda lahir di bahagian pipi tapi tetap cantik spt JESSICA ALBA, anak yg solehah, sensitif, isteri yg mithali)

moral of da story citer ni
:: jgn pandang rendah pada org yg kurang sifatnya pada kita sbb perbuatan kita tu dah menghina "makluk ALLAH"

:: kadang2 xsemestinya yang kacak hanya utk yg cantik sahaja tetapi kadang2 berlaku yg sebaliknya

::jgn pernah sia-siakan "INTAN" yang sudah ada depan mata kita walaupun secara fizikalnya ianya xsempurna..

aku bagi 5 bintang dekat citer ni =)

sweet couple in da world


sweet kan??? ni gambar senior aku masa sekolah menengah..dah kahwen upanya..skunk ni xsilap aku dok study dekat UPSI asewnya..cantikkan isteri dia..sama cantik sama padan..macam pinang dibelah 2..seyes secocok..moga2 abg nasir bahagia bersama isteri terchenta..
p/s: membuatkan aku xsabar2 nak hadapi hari bahagia ni..hahahhaha..:)

Kek Coklat Lembab

arini teman ngan rakan teman ade pergi pasar malam..xrancang pom nak pergi tapi dari xdew buat apa-apa baik teman p pasar malam adew gak faedah..sambil2 beli makanan dapat juga teman bejogging..pasar malam tu agaklah lah jauh..agak la kan..teman ni xsuka pergi pasar malam naik kenderaan (bajet jimat la kan)..sbb memang teman xdew kenderaam pom..hahahha..malu bai, semua junior teman dah bawak kenderaan, tapi teman ni ja yg masih pulun dok jalan kaki..menyahut seruan kerajaan la konon..huhuhu..semester depan mmg teman rancang nak bawak motor sbb sem depan dah mmg kopem kena kick out dr asrama..teman xkisah lagiii teman suka..berbalik pada pasar malam tadi, teman biasalah suka sangat memborong makanan ni..tengok tu sedap tengok ni sedap..tapi bila dah sampai bilik..satu habuk pom xhabis..membazir ja teman rasa..so arini, teman dah decide nak beli satu benda ja..so, pusing punya pusing last2 teman adewlah "ternampak" kek coklat lembab ni..seyes memang sedap mata memandang..tengok pom dah tahu kek tu sedap..tapi, kalau teman tengok kek coklat lembab ni mesti teman teringatkan someone yg special dalam hati teman ni..sbb tu teman xboley tengok kek coklat ni, kalu x kopem teringat kat dia..xpayah cerita lah kenapa teman cakap someone tu adew link ngan kek coklat tu..yg penting, teman dah beli kek tu n siap sedia utk dimakan..org cakap, kalau nk lupakan seseorang tu kna kna hadapi sesuatu/perkara atau benda yd dia suka..jangan pernah lari dr segala kenangan2 yg lepas..semakin kita lari dr kenyataan semakin kita xboley lupakan dia..selamt beramal:: jom makan kekk:: ~~yummmmyy!!

KASIH SAYANG MENGIKUT BULAN KELAHIRAN

p/s: jangan percaya bulat2..hanya suka suki sahaja::

tadi dok tengah melayari internet teman terjumpa sal artikel ni..teman asew tertarik lah sangat..so, teman nak berkongsi lah ngan kalian semua sal benda (rujuk tajuk post) ni..teman suka, sbb ramalan ni mmg kena betul2 atas dahi teman..p teman x percaya sangat sbb apa jua yang terjadi adalah suratan dari ILLAHI..so, korang jgnlah taksub sangat..sekadar hiburan sahaja..


Terpulang kalau nak percaya ke tak


Januari
- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yangdicintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu denganpasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandaimemperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapitidak kisah sekirannya pasangannya cemburuterhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguhbila melakukan kerja
------------------------------------------------------------------

Februari
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran (hanya pasangannya yang tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.
----------------------------------------------------
Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
-----------------------------------------------------

April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
----------------------------------------------------------

Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) .
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.
----------------------------------------------

Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.
--------------------------------------------

Julai
- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan danperhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadapindividu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.
-------------------------------------------------

Ogos
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.
--------------------------------------------------

September
- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.
------------------------------------------------------

Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.
----------------------------------------------

November
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.
---------------------------------------------------

Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan.

hahahhaha..menarik kan..sekali lagi teman ingatkan jangan percaya bulat2..hukumnya SYIRIK..=)

Black N whItE

seyes kombinasi warna "taik cicak" ni cantik n cool..xkiralah kalo aku beli baju n gadjet sekalipun mesti aku pilih kombinasi kedua2 warna ni..dah macam hidup dalam drama citer p.ramlee plak kan..hheheh..

Contohnyer:

Baju jersi adidas (*local..huhuhu)beli dekat masjid india


sony wakman W-series


sonicgear BOOM

Duhai Elaun !! : Fakta Yang Kita Kena Faham

Assalamualaikum dan salam sejahtera ( sebut dengan gaya intonasi Puan Yati HEP..hehehe)

Alhamdullilah, akhirnya teman dapat juga menulis sedikit sebanyak coretan hati teman ni..bukan apa..teman ni xdew masa sebenarnya nk bebelog ni (bajet bizi lah kan)..faktor yg paling sadis ialah teman ni bukannya rajin bebenor meng"update" blog ari2..setakat tulis status dekat FB tu boleylah..haahhaa..topik permulaan teman kali ni mmg hangat sikit..lau silap sebut mahu teman kena tangkap dibawah akta 174..tapi, teman disini nk memperbetulkan persepsi para pelajar sekalian (bebudak maktab@ IPG) berkenaan dengan elaun..teman pom geram sebenarnya kalau sebut pasal elaun ni..yelakan, tu jelah sumber kewangan yang teman ada..teman bukannya orang yang senang..bukan jenis yang suka apply biasiswa PA&MA..diorang pom bukan selalu adew duit..semua harga barang naik, cuma hujan ja yang turun..tapi, kita kena la paham jugak yer..kenapa elaun kita masuk lambat..sbb mmg banyak proses nak mndapatkan elaun utk semua pelajar IPG ni..jgn main terjah jer..buat andaian tu, andaian ni..x elok sbnarnya..tahulah pihak atasan buat kerja diorang tu..yg paling sadis JPP lah..ari2 kena terjah..macam artis kena tangkap khalwat plak kan..kesian kat diorang..bukan JPP yang pegang duit tu..diorang just org tengah yg sedaya upaya cuba membela nasib mahasiswa yang lain..diorang pom plajar cam kita jugak kan..so, berhenti-hentilah meng"usha" pejabat kewangan lagi yer..apa yang penting korang kena paham prsoses untk mengagihkan elaun kpada semua plajar di sluruh IPG..prosesnya lebih kurang macam ni:


Kadar kemasukan elaun bergantung kepada banyak faktor mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan:
1. Peruntukan kewangan IPG kita ini kebiasaanya diperuntukkan 2 kali setahun iatu pada awal dan pertengahan tahun. Peruntukan ini diuruskan oleh pembendaharaan negara ini.Kadangkala peruntukan ini masuk agak lewat menjadikan tiadanya peruntukan elaun untuk kita semua.
2.Setelah peruntukan masuk,maka tugas pentakbiran pelajar pun bermula untuk menguruskan nama-nama pelajar yang layak untuk elaun dan yang sebaliknya, senarai nama yang mencecah seribu lebih disemak berulangkali bagi memastikan tiada kesilapan.
3.Kuasa tarikh kemasukan elaun adalah bergantung di tangan Tuan Pengarah IPG masing-masing, setelah selesai urusan pentakbiran terpulang pada kebijaksanaan Tuan Pengarah untuk menentukan tarikh tersebut
4.Proses elaun melibatkan banyak pihak yang boleh dilringkaskan seperti ini HEP>KEWANGAN>PENGARAH>KEWANGAN>BSN>HEP
5. Kadang kala keadaan server offline di BSN menangguhkan proses kemasukan elaun yang mencecah jutaan ringit bagi kesuluruhan pelajar.
6.Bagi PISMP tarikh yang dijanjikan ialah 10 hari bekerja setiap bulan,maka kiralah berapa hari minggu yang terkecuali .
7. Peranan JPP selaku pembela pelajar juga perlu memainkan peranan penting, Biro Kebajikan dan keseluruhan JPP berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan elaun dimasukkan secepat yang mungkin. Exco JPP hampir setiap hari menemui pegawai yang terlibat bagi meminta dipercepatkan kadar kemasukan elaun,kerana kami juga pelajar seperti anda .Hasilnya elaun buku semester lepas dipercepatkan tarikh kemasukan awal dua bulan daripada tarikh yang ditentukan Tuan Pengarah IPG masing-masing.

Diharapkan penjelasan ini tidak lagi mengundang provokasi-provakasi liar berkaitan elaun, Selaku bakal pendidik ,kita haruslah meletakkan kewarasan akal sebagai pedoman utama,bersyukurlah kerana diberi biasiswa sepenjang pengajian kita untuk bergelar seorang pendidik. Akhir kata mulakan semester baru dengans enyuman dan uruskan elaun anda nanti dengan sebaiknya. Wassalamualaikum!!