sakit pinggang!!!!

dah 4 hari berturut aku dok mghadap lappy ni..bkn main FB p kna uat analisis kajian luar utk PGAJIAN SOSIAL..adesss, penat sith..macam kerani syarikat sabun plak..dok kire keuntungan jualan..huk3x..p demi raya aku sanggup bkorban...nak raya2x..dh xsabar ni nk balik..p masalah skunk pinggang ak dah sakit2..nk paking barang pom xlarat..setiap kali cutilah paling aku myampah..mmg lah smgat nk balik..p kekadang tu, naik rimas plak..setiap kali balik setiap kali lah simpan barang lam almari..kalau sikit tu xpelah..ni mgalahkan barang kat umah..slpas tu kna kluarkan balik slpas sampai kt mktab..ni gara2 bebudak KDC la ni..ak bkn krang ajar nak panggil diorang bebudak p ak adew kisah silam ngan diorang masa sem satu..perangai cam bdak2..myampah ngan diorang ni..ak xpernah halalkan apa yg diorang uat kat aku..ak xkan pernah lupa..damm it!!!..ape2pom slamat mjalani ibadat puasa yg masih bbaki 10 hari lagi..org kata rebutlah 10 ari terakhir ni kerana banyak manfaatnya..renung2kn selamt beramal (~_^)

~~LiYaNa SoF3a~~



"knapa xmakan ni ana" tanya aku..
"xsihat lah dean" jawab dia dgn lesu..

aku memerhatikan raut wajahnya yang begitu ayu di mata semua lelaki. kekadang terasa malu nak berhadapan dengannya. takut-takut aku cair. tapi aku suka dengan tingkahlakunya yang sempoi dan bersahaja. dia xkisah berkawan dengan sesiapa sahaja. tetapi kawan yang paling rapat dengan dia ialah aku. setiap kali mahu melakukan sesuatu mesti dia memberitahuku dahulu. kalau ada event mesti aku org pertama yang dia ajak. kalau nak keluar masa hujung minggu pun mesti dia suruh aku temankan. mak bapak dia pun kenal aku. dah bagi lesen besar dekat aku. tapi hubungan kami xlebih dari sekadar kawan. bagaikan adik beradik. satu hari x bersms dengannya mmg haru biru jadinya. kalau bz sgt pun mesti ak wish nites kat dia.
"kenapa ana xpergi klinik" pinta aku
" aishh.. xmau lah, ana xsuka bau ubat".
dan memang perangai dia yang xsuka makan ubat. kata dia, dia sanggup telan batu-batu kecil tepi jalan drpd dia telan ubat.
"alah kita minta jer ubat cair perisa strawbery..kan ana suka makan strawbery" usik aku.
dengan serta merta sos cili perisa thai disapu dekat muka aku. "kurang asam betul minah ni" bisik aku dalam hati..
dan seperti biasa aku terlalu gembira melihat senyumannya. dan ketika itu juga pandangan kami terhenti. pandangan kami tertaut antara satu sama lain. "ish xboleh, dia terlalu perfect bagi aku. aku xlayak berdampingan dengan dia. menjadi sahbat pun merupakan satu anugerah yang tidak ternilai. biarlah orang lain yg lebih perfect drpd ak yang menjaga insan yg bernama LIYANA SOFEA.
"ada taik mata ke dekat muka dean ni?" soal aku
"hahhahahaha. mana adew. cuma nak tengok muka dean jer." jawab dia dengan nada yang rendah.
"kenapa pulak tengok muka dean?. dean bukannya hensem cam orang lain. dean sendiri nak termuntah tengok wajah sendiri dekat cermin..hahhahha..hah!!! tu. baik ana tengok muka mamat tu." bicara aku sambil menunjuk ke arah mamat hensem yang sedang menaip sesuatu pada laptopnya.
"xbaik dean cakp macamtu. dean kiut apaer. susah nak cari mamat yang kiut. kalau yang hensem dh berlambak. old tasted. hahahahhah" jawab ana sebijik cam dr.fadilah kamsah
"aduyaiii. xtdo malam dean malam ni.hahahahha" seloroh aku.
"dean, jom balik. ana nak rehat lah kat rumah. pening kepala sangat-sangat ni." pinta ana.
"okey. orang suruh pergi klinik taknak. kan dah sakit."nasihat aku kpd ana
dan ana hanya mampu mencebik mukanya yg begitu kiut. mahu saja aku cubit pipinya.

tet tet tet tet!!!!..bunyi heponku memecah kesuyian pagi. "ana" nama ana tiba2 terpancul dr mulutku. dadaku berdegup laju. Ya Allah, selamatkan lah ana. ketika itu jam 7 pagi. aku mendapat mesej dr adik ana (Dayana Sofea) yang memberitahu aku yang kakaknya pengsan semasa bangun solat subuh. ana rebah dalam bilik air. sekarang ana berada di hospital. aku bangun dan terus bersiap.

sesampai di hospital. aku melihat ibu ana menangis sambil ditenangkan oleh anaknya yang bongsu.

"yana. kakak macam mana?" soal aku kepada Dayana

"kaakakkk.. dah xdew abg." jawab yana dengan tersekat-sekat

hatiku bagaikan disambar petir. tidak semena-mena air mata laju menuruni pipiku. kehangatan air mata itu sehangat perasaanku pada masa itu. ak tak mampu untuk menuturkan sebarang bicara pada masa itu. kerana masih xpercaya yang ana meninggalkan aku. aku xmyangka yang pertemuan semalam merupkan pertemuan terakhir aku dengan ana. dan juga merupakan ari terakhir aku melihat ana tersenyum.

"abang" dayana memanggilku
" ya" hanya itu mampu aku jawab.
bicaraku xselaju airmta yang menuruni pipiku

"kak ana ada bagi yana benda ni. dia suruh yana bagi dekat abang." bicara yana

"terima kasih" aku masih tidak mampu berbicara

aku mengambil sebuah kotak yang berwarna-warni. saiznya sederhana. apabila aku buka, terdapat banyak kertas2 yang berbentuk bintang. aku tersenyum. teringat kembali pada masa aku mengajar dia bagaimana hendak membuat bintang kertas. sudah berapa kali aku ajar namun ana masih xpandai nk buat. dan akhirnya dia putus asa. katanya dah xnak buat benda ni. namun, ana menipu aku. aku tahu ini hasil kerja tanganya. bentuk bintang yang xbeberapa sempurna memang sebijik macam yang ana buat. namun, ada peningkatan. semuanya cantik2. dalam kotak tu juga, ada tersimpan kad birthday yang aku berikan pada ana. masih tersimpan elok biarpun ianya sudah lama. terasa bersalah aku kpada ana. aku sendiri xpernah menghargai apa yang dia bagi. entah ke mana agaknya aku campak kad birthday yg dia bagi dekat aku. titisan air mata aku membasahi bintang2 kertas itu. dan di dalm bintang itu rupa-rupanya terdapat nama aku. nama aku ditulis dengan begitu cantik. aku terharu. inilah kawan sejati dunia akhirat. tetapi ada yg lebih mengejutkan yang rupa2nya ana mahukan lebih dari itu. aku terbaca satu surat di dalam itu.

"dean, lau dean xnak lamar ana dalam masa 5tahun akan datang biar ana yang lamar dean. biarpun ana mahukan dean jadi bf ana sebelum ni tpi, ana tahu yg dean xsedia lagi. ana sayang dean. ana nak dean jadi teman ana. hanya dean yang faham ana. ana takut nak kenal orang lain. ana faham yang dean nak bahagiakan keluarga dean dahulu. ana sanggup tunggu dean. tapi ana takut dean jatuh ke tangan org lain. ana sayang dean.".

aku terkedu. rupa2nya selama ni aku tak bertepuk sebelah tangan. "aku bodoh, knapa ak pgecut sangat nk luahkan perasaan ak kt dia. setiap kali mahu mlafazkannya. aku sentiasa berfikiran negatif. sbb aku sedar sapa diri aku. pada aku wanita cantik hanya untk llaki yang kacak sahaja.

aku membuka sekeping surat lain yang ada dlm kotak itu.

"ya Allah izinkan aku bersama keluarga sekejap sahaja lagi. aku minta sedikit waktu sahaja lagi. aku nak tengok mak menangis kerana aku berjaya. aku xnak tengok mak menangis kerana aku xmampu mbahgiakannya sebelum aku mati. aku juga nak tengok adakah insan itu mlafazkan cintanya kpadaku sebelum aku tutup mata. aku nak dia jadi suamiku. yang mampu menjagaku bila aku dan anak-anakku kelak. kau peliharalah dia. kau tahu bertapa aku sayang padanya. bagilah dia kesenangan. walauapapun aku tetap bersyukur kepadaMu Ya Allah sebab bagi aku peluang untuk mengenalnya. aku berpegang pada kata, mencintai seseorang tidak semestinya memiliki jiwa dan fizikalnya, tetapi sekadar menyanyangi insan itu sepenuh hati ini. dean ana sayang kamu. terima kasih sebab jaga ana selama ini. ana tahu yang hidup ana xlama. bila2 masa ana boleh pergi menghadapNya. kalau dean ingtkn ana. dean tgok jer bintang2 kertas yang ana buat ni. maaflah, sbb xberapa nak jadi sgt. thx untuk segala2nya. dan ana tahu yang kata2 dean kat ana hanya gurauan semata-mata. ana nak tergelak bila dean cakap yg dean akan kawen dengan ana sekiranya dah xdew pompuan kat dalam dunia ni. ana suka ayat tu. salam sayang dari ana.


"makcik, ana sakit apa?" soal aku kpada ibu ana.
"ana ada penyakit lukimea" jawab ibu ana kpadaku
"kenapa saya xtahu. sedangkan saya selalu dengan dia. dah lama ke dia mghidap pyakit ni??" dengus aku
"dah lima tahun. penyakit tu bjaya dikesan masa dia tingkatan satu." jawab ibu ana

patutlah ana selalu penat. kalau aku ajak jalan2 pun mesti xlebih 2 jam. kalau lebih mesti ana merungut keletihan. masa ana masih bersekolah, ana juga selalu pengsan. tetapi, bila aku tanya mengapa, ana hanya menjawab "ana, xboleh penat, sbb tu selalu pengsan". itulah jawapan yg berulang kali aku dengar. mmg aku kagum dengan ana. walaupun dia sedang bertarung dengan penyakit, dia tetap ceria. cuma wajahnya yg sentiasa pucat tidak dapat disembunyikan.

"ana, banyak kali masuk hospital. tapi dia xnak makcik bagitahu kpada kawan2 yang lain. sbb tu ana jarang ke sekolah. dia xnak kawan2 dia risau kan dia. dan dia xsuka menagih simpati drpd org lain." tutur ibu ana dengan nada yg sedih

"sampai hati ana tipu dean" desis hatiku. aku mmg xnampak yang dia sedang menderita. dan aku juga xtahu yg ana kerap masuk hospital. memandang aku sekolah yang berlainan dengan ana. mmg aku tidak tahu langsung yang ana selalu xhadir ke sekolah. mengapakah aku bersikp kejam ngan ana. pennyesalan sebesar gunung timbul dalam hati ini. terasa berat diri ini untuk berbicara. aku hanya mampu mgalirkan air mata penyesalan. mmg aku xlayak untuk ana. aku xmgambil berat tentang dirinya.

"kotak tu kakak pesan, suruh bagi kat abg bila kak ana dah xdew. abg sabar erk. kami pun sedih juga." tutur ana sambil mengesat air mata

"ana tahu kah engkau yang dean dh lama sukakan ana. dean malu dengan ana sbb itulah dean mncari beribu alasan bila ana soal dean tentang cinta. dean xtahu nak bahgiakan hati orang. dean xpandai. dean takut buat ana kecewa dan kehilangan ana buat slamaya." bisik hatiku

hari ini genap dua tahun ana pergi meninggalkan aku. kerana perasaan takut dan malu, ak mengecewakan ana di saat kematiannya. andai saja, masa dapat diundur pasti aku ucapkan tiga perkataan kpadamu. "dean cinta ana". ana, percayalah ana cinta pertama dean. senyuman mu tetap berada dalam ingatanku. cinta ana MILIKKU ABADI SELAMAYA..~~

hah!! biar betul!! aku falling in love ker??

12 tanda seseorang itu telah jatuh cinta


*Kamu mula berasa malu ketika bertentang mata dengan si dia.

*Jantung kamu berdenyut dengan laju sekali apabila sedang memikirkan tentang dia.

*Kamu mula tersenyum sendirian terutama apabila sedang mendengar si dia bercakap.

*Kamu seakan-akan tidak perasan ada orang di sekeliling kamu kerana asyik memandang si dia.

*Kamu sudah mula mendengar lagu-lagu cinta yg berentak perlahan dan romantik.

*Dia sering berada dalam fikiran kamu walaupun kamu sedang memikirkan perkara lain.

*Kamu selalu tersenyum sendirian ketika memikirkan tentang si dia.

*Kamu sanggup melakukan apa sahaja demi si dia.

penyanyi cilik


best tul budak ni nyanyi..nama glamour dia Azzam..boleh nangis aku dengar suara dia..mmg meletopp!!!..dan lagu solo budak yang bertajuk KEKASIHKu ni pom best..lau teringat kat umah mesti play lagu ni..ni aku postkan lirik lagu tu..korang hayatilah lagu ni erk..huhuhuhuhu


padamu ku harap
kau hadir dlm hariku
agarnya kau tahu betapa ku cinta padamu
setiap masa seolah ada di sisi
kasih pada mu takkan pernah padam
sayangku hanya engkau di hati
jiwaku ini kosong tanpa pelukan mu.. oh belaianmu
kasih kita di takdirkan bersama
takkan engkau ku persiakan
walau kekadang hati mudah terusik oleh ku
selagi adanya nyawa seluruh daya
akan ku pastikan kau gembira
segala cinta dan saat bahagia
ohh, ibu... keakhir hayatku...

LAGU TERBAIK ANTARA YANG TERBAIK


Fuhhh!!! dengar jew lagu ni mesti naik bulu roma aku. lagu yang aku maksudkan ialah lagu kebahagian dalam perpisahan. lagu ni dinyanyikan oleh peserta AF8 yang baru jew melabuhkan tirai persembahan baru-baru ni. namanya syahir. dan syahir ni dapat no 1 tau. untung mamat ni. suara sedap dan muka pom boleh tahan. memang pakej serba lengkap nak jadi seorang penyanyi ni. best giler lagu ni. memang tak puas dengar. dengan lunak suar yang macho dan ditambah pulak dengar muka yang sememangnya macho...huhuhuhuhu. hari-hari aku layan lagu ni. memang takat didih lah. so, aku postkan lirik lagu ni kat blog ni..


TAJUK LAGU: KEBAHAGIAN DALAM PERPISAHAN
NYANYIAN: SYAHIR AF 8

Tak perlu ucapkan sepatah kata

Kerana lantang terbaca dari muka

Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa

Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi

Betulkan kesilapan perhubungan ini

Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan

Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum

Bunga yang layu pada musim luruh

Yang dulunya mekar disinar suria

Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata

Semakin lama semakin rekah

Menimbulkan tanya apa mungkin kita

Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan

Ku dah cukup menampung selautan

Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam

Kerana cuba menafi realiti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum

Bunga yang layu pada musim luruh

Yang dulunya mekar disinar suria

Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata

Semakin lama semakin rekah

Menimbulkan tanya apa mungkin kita

Temu kebahagiaan dalam perpisahan


KESEDIHAN YG MELAMPAU VS MENGILA

syukur alhamdullilah sampai jugak ahkirnya dekat bumi Ipoh ni..tepat pukul 4:06 pg bas Shamisha yg aku naiki sampai dekat terminal Bas Gopeng. tapi aku masih belum puas bercuti lagi. rasa macam nak stay jew dekat umah. demi segulung ijazah aku gagahkan jugak walaupun terpaksa. kesedihan aku ditambah lagi dgn khabar berita yang menyakitkan hati sesiapa sahaja. ade ke patut kena pindah blok. gara-gara buda baru yang akan daftar esok x cukup bilik nak duduk. gila ko nak pindah blok. bknya dekat jauh tahap gaban tu. kalau ambik cab pom pakcik cab tu caj RM5. memang xpatut. dah la tu kongsi 3 orang satu bilik. dah tu sorang lagi tu nak tidur mana?. atas lantai. mahu tak kena flue budak tu kalau seminggu tidur atas lantai. tapi demi adik-adikku yang "tercinta" yg bakal menginap kat sini besok aku "sanggup". adik-adik memang bawa "tuah". cuti pom lambat lagi.. rasa nak balik besok jew. lambat tu bulan 9. aku rindu kat famili aku. wawawwawaawa

ESOK MERDEKA!!!!!!!!!

huhuhuhu..sukanya hati..esok dah habis exam..esok paper BM2..banyak kot yang kena hafal..exam sem ni memang mencabar terutama paper BM1..soalan punyerlah susah..masa pulak ciput jew..mana sempat nak jawab..ah !! benda dah lepas..sapa suh malas study..tahu main fesbuk jew..padan muka..oklah xsabar nak tggu hari esok..nak enjoy puas2x..tapi still tinggal 9 sem lagi..warghhhh!!!..tabahkan hatiku YA ALLAH..

HAH!!!..NI DIA "ROOMATE" BARUKU..SMART X?.

AKU SAYANG GILER KAT ROOMATE BARU AKU NI..PAGI2 DIA LAH YANG MENCERGASKAN AKU..AKU SAJA JEW BELI SPEAKER NI..SBB SPEAKER LAPTOP AKU SLOW SGT..LAU DENGAR LAGU MMG XTERANGKAT LAH..MACAM BERBISIK LAM SELIMUT..AKU BELI SPEAKER NI DEKAT PC FAIR (STADIUM INDERA MULIA IPOH)..MMG XCADANG POM NAK BELI SPEAKER NI..TAPI BILA TENGOK2 SPEAKER NI..TERASA NAK BELI..TAMBAHAN PLAK MASA 2 TGAH PROMOSI MURAH( NTAH BETUL NTAH TIDAK)..BASED ON SALESMAN MAN 2 CAKAP SPEAKER NI MMG LAKU KAT PASARAN..AKU NI JENIS MUDAH PERCAYA..BILA TEST JEW..MAK OI!!!!...KUAT GILER KOT DIA PUNYER BASS..SAMPAI TERANGKAT BULU ROMA AKU..MEMANDANGKAN DUIT BANYAK YG LEBIH...JD AKU BELILAH SATU..MINTAK KURANG CKIT..P XBOLEH TP DIA BAGI SATU MIC DEKAT AKU..ISH XMAKAN SAMAN LAH TAUKE NI..P AKU PUAS HATI SBB KUALITI SOUND DIA MMG GEMPAK..MMG KALAU PASANG SIANG2..MAHU JEW MAKCIK ASRAMA 2 NAIK RAMPAS AKU PYER "ROOMATE" NI..HUHUHU..

rindu xterubat...


comei x anak buah aku ni...(cam pakcik die gak)...huhuhu..rindu sgt2 dkat budak ni..hari2 ngingaukan budak ni..maklumlah lama xbalik umah..and aku cakap lau aku balik aku akan:
peluk dia kuat....
cubit pipi dia sampai merah
nak suap nestum sampai kenyang....
nak usik dia sampai menangis...

pak su sayaaaaaaaaanggg kamooo!!!!!

kenangan kt jj smpana aku pyer besday..:0)






















kek keju..my beday cakes..best!!!!

besday boy




tahun ni special beb ari jadi aku..ramai yg wish kt aku..mybe diorang tgok kt fb n then dioranp pom wish kt aku..huk3x..xkisah ar..janji ramai yg wish..xkurang hebat gak wish dkat skype n sms..aku rasakan yg diriku ini dihargai..
taun ni aku bkesempatan tuk celebrate ngan kawan2x..mm best..p yg xsyok nya aku xsempat nk plang kampung tuk raikan besday aku..sedih weii..p my mum col aku mase aku ngan geng2x smbut arijadi kt jj..bahagia sgt..kitorang makan besar..mkn big mac n chesee kek..mabulosssss...sedap gler..ciap dapat adiah besar ag..suke2x..lepas 2 kitorang main bowling..best!!!!..dpt no 2..hihihihi...masuk longkang wajib ar kan..mklumlah "mahir" katakan..hik3x..lpas magrib kitorang p melalak kt suria karoeke..huk3x..bau aku tahu yg suara aku ni mmg xsodap langsung..p sentence2x lagu mmg sesuai ngan suara aku..mcm lagu ST12..favorite band aku tu...kitorang melalak smpai org kat luar geleng kepala..huhuhuhu..mmg best..lpas 2 kitorang bla dr jj n plang balik mktab lam keadaan hujan..mklumlah sedih sbb status besday boy bakal ilang...wawaaawawaww...balik 2..timbunan adiah adew kt bilik aku..n kt fb aku penuh ngan ucapan besday..huk3x..sukalah..n then aku bkak adiah yg aku terima..thx my frenz..u are da best..uat famili dean akan sambut kat kg lak er..ktew makan besoooooooo...huk3xx

Salam muhibah


Hai..salam perkenalan buat semua..bagi yang muslim assalamualaikum saya hulurkan dan bagi yang non-muslim salam sejahtera saya ucapkan..Alhamdullilah, akhirnya aku ade gak blog sendiri..bukan ape..asyik dok baca blog orang jew..huhuhuhu..memang hobi aku baca blog-blog orang lain..suke tgok pendapat orang lain..macam-macam kerenah..adew yang taruk tips-tips pasal cinta, menambat hati suami, menjad pelajar pintar..adew jugak yang taruk resipi-resipi..macam2x lagilah..p yang xtahan adew gak manusia yang suka taruk gambar n video lucah dalam blog diorang..ape kejadah dioarang ni..penyumbang dosa..memang xpatut..anywhere, motif aku buat blog ni just sebagai pengganti diari kehidupan aku..ape yang aku alami, ape yang aku rasa, dan semua yang berkaitan dengan diri aku..siapa aku tu??? huhuhuhu.. ok nama aku Mohamad Syafuddin Bin Ali..aku adew 8 adik beradik termasuk kembar sorang..Dalam keluarga aku semua nama anak lelaki bermula ngan 3 huruf KHA..kalau perempuan pulak bermula ngan NORH..asala nama aku lain???..aku tanya gak kat mak aku.."Mak napew nama kitew lain mak?"..n mak aku jawab" Dulu ko lahir masa Hari Raya Puasa"..aku tanya ag.."apew kaitan ngan raya puasa ngan nama kitew"..Mak aku jawab" lau puasa kopemlah Bulan Syawal, jadi mak abah ambik singkatan SYA depan tu dan sambung dengan FUDDIN"..ooo kire nak ingat aku ni lahir bulan puasa la ni..kih3x..bangga gak aku..
sambung balik..aku ni sekarang dah berumur 19 tahun..baru jew sambut besday aku..hik3x..sedih pun adew biler fikirkan yang angka 1 bakal hilang pada tahun depan..warghhhhhhhh...tapi xpe..aku still muda..huhuhu..kadang2x excited pun ade memadangkan aku bakal bergelar sebagai orang dewasa..Aku sekarang tengah study kat Ipgm kampus ipoh..alah senang citer Maktab Perguruan..sekarang ni Maktab Perguruan telah dinaiktaraf menjadi Intistut Pendidikan Guru Malaysia..dah xde lagi nama Maktab..tapi orang kampung aku still panggil Maktab dan diorang masih lagi xrespek aku sebab diorang fikir aku mengaji kat sana semata2x nakkan SIJIL sekeping..guru sekolah rendah lagi tu..Ah!! xmain dah sijil-sijil ni..sekarang aku dalam proses nak dapatkan IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN..kalau diorang tahu mesti terkejut..even aku akan mengajar di sekolah rendah tapi aku still dapat DG41 dan gaji yang sama dengan guru sekolah menengah..Kalau fikir balik..budak-budak maktab ni lebih beruntung dari budak2x UPSI dan IPTA/S yang ambik kos Pendidikan..antaranya kitorang dapat elaun tiap2x bulan ( RM430=Foundation, Degree= RM750) dan pekerjaan dah terjamin..aku bersyukur sangat2x..sambung balik citer aku..Jurusan yang aku ambik sekarang ialah Pengajian Melayu/ Pend. Jasmani/ Pengajian Sosial unit J1..huhuhu..xsangka pulak..unit aku yang menjadi ketua bagi unit J yang kesemuanya berjumlah 18 kelas.hihihihihi..oklah dah berpeluh dah tangan aku ni..taip ayat ni semua..ikutkan hati banyak lagi yang nak aku bebelkan..tapi lain kali lah..laptop aku pun dah naik panas ni..ok sehingga berjumpa lagi..terima kasih kerana sudi baca post aku ni yang xberapa nak menarik ni..
wasalam.....