~~LiYaNa SoF3a~~



"knapa xmakan ni ana" tanya aku..
"xsihat lah dean" jawab dia dgn lesu..

aku memerhatikan raut wajahnya yang begitu ayu di mata semua lelaki. kekadang terasa malu nak berhadapan dengannya. takut-takut aku cair. tapi aku suka dengan tingkahlakunya yang sempoi dan bersahaja. dia xkisah berkawan dengan sesiapa sahaja. tetapi kawan yang paling rapat dengan dia ialah aku. setiap kali mahu melakukan sesuatu mesti dia memberitahuku dahulu. kalau ada event mesti aku org pertama yang dia ajak. kalau nak keluar masa hujung minggu pun mesti dia suruh aku temankan. mak bapak dia pun kenal aku. dah bagi lesen besar dekat aku. tapi hubungan kami xlebih dari sekadar kawan. bagaikan adik beradik. satu hari x bersms dengannya mmg haru biru jadinya. kalau bz sgt pun mesti ak wish nites kat dia.
"kenapa ana xpergi klinik" pinta aku
" aishh.. xmau lah, ana xsuka bau ubat".
dan memang perangai dia yang xsuka makan ubat. kata dia, dia sanggup telan batu-batu kecil tepi jalan drpd dia telan ubat.
"alah kita minta jer ubat cair perisa strawbery..kan ana suka makan strawbery" usik aku.
dengan serta merta sos cili perisa thai disapu dekat muka aku. "kurang asam betul minah ni" bisik aku dalam hati..
dan seperti biasa aku terlalu gembira melihat senyumannya. dan ketika itu juga pandangan kami terhenti. pandangan kami tertaut antara satu sama lain. "ish xboleh, dia terlalu perfect bagi aku. aku xlayak berdampingan dengan dia. menjadi sahbat pun merupakan satu anugerah yang tidak ternilai. biarlah orang lain yg lebih perfect drpd ak yang menjaga insan yg bernama LIYANA SOFEA.
"ada taik mata ke dekat muka dean ni?" soal aku
"hahhahahaha. mana adew. cuma nak tengok muka dean jer." jawab dia dengan nada yang rendah.
"kenapa pulak tengok muka dean?. dean bukannya hensem cam orang lain. dean sendiri nak termuntah tengok wajah sendiri dekat cermin..hahhahha..hah!!! tu. baik ana tengok muka mamat tu." bicara aku sambil menunjuk ke arah mamat hensem yang sedang menaip sesuatu pada laptopnya.
"xbaik dean cakp macamtu. dean kiut apaer. susah nak cari mamat yang kiut. kalau yang hensem dh berlambak. old tasted. hahahahhah" jawab ana sebijik cam dr.fadilah kamsah
"aduyaiii. xtdo malam dean malam ni.hahahahha" seloroh aku.
"dean, jom balik. ana nak rehat lah kat rumah. pening kepala sangat-sangat ni." pinta ana.
"okey. orang suruh pergi klinik taknak. kan dah sakit."nasihat aku kpd ana
dan ana hanya mampu mencebik mukanya yg begitu kiut. mahu saja aku cubit pipinya.

tet tet tet tet!!!!..bunyi heponku memecah kesuyian pagi. "ana" nama ana tiba2 terpancul dr mulutku. dadaku berdegup laju. Ya Allah, selamatkan lah ana. ketika itu jam 7 pagi. aku mendapat mesej dr adik ana (Dayana Sofea) yang memberitahu aku yang kakaknya pengsan semasa bangun solat subuh. ana rebah dalam bilik air. sekarang ana berada di hospital. aku bangun dan terus bersiap.

sesampai di hospital. aku melihat ibu ana menangis sambil ditenangkan oleh anaknya yang bongsu.

"yana. kakak macam mana?" soal aku kepada Dayana

"kaakakkk.. dah xdew abg." jawab yana dengan tersekat-sekat

hatiku bagaikan disambar petir. tidak semena-mena air mata laju menuruni pipiku. kehangatan air mata itu sehangat perasaanku pada masa itu. ak tak mampu untuk menuturkan sebarang bicara pada masa itu. kerana masih xpercaya yang ana meninggalkan aku. aku xmyangka yang pertemuan semalam merupkan pertemuan terakhir aku dengan ana. dan juga merupakan ari terakhir aku melihat ana tersenyum.

"abang" dayana memanggilku
" ya" hanya itu mampu aku jawab.
bicaraku xselaju airmta yang menuruni pipiku

"kak ana ada bagi yana benda ni. dia suruh yana bagi dekat abang." bicara yana

"terima kasih" aku masih tidak mampu berbicara

aku mengambil sebuah kotak yang berwarna-warni. saiznya sederhana. apabila aku buka, terdapat banyak kertas2 yang berbentuk bintang. aku tersenyum. teringat kembali pada masa aku mengajar dia bagaimana hendak membuat bintang kertas. sudah berapa kali aku ajar namun ana masih xpandai nk buat. dan akhirnya dia putus asa. katanya dah xnak buat benda ni. namun, ana menipu aku. aku tahu ini hasil kerja tanganya. bentuk bintang yang xbeberapa sempurna memang sebijik macam yang ana buat. namun, ada peningkatan. semuanya cantik2. dalam kotak tu juga, ada tersimpan kad birthday yang aku berikan pada ana. masih tersimpan elok biarpun ianya sudah lama. terasa bersalah aku kpada ana. aku sendiri xpernah menghargai apa yang dia bagi. entah ke mana agaknya aku campak kad birthday yg dia bagi dekat aku. titisan air mata aku membasahi bintang2 kertas itu. dan di dalm bintang itu rupa-rupanya terdapat nama aku. nama aku ditulis dengan begitu cantik. aku terharu. inilah kawan sejati dunia akhirat. tetapi ada yg lebih mengejutkan yang rupa2nya ana mahukan lebih dari itu. aku terbaca satu surat di dalam itu.

"dean, lau dean xnak lamar ana dalam masa 5tahun akan datang biar ana yang lamar dean. biarpun ana mahukan dean jadi bf ana sebelum ni tpi, ana tahu yg dean xsedia lagi. ana sayang dean. ana nak dean jadi teman ana. hanya dean yang faham ana. ana takut nak kenal orang lain. ana faham yang dean nak bahagiakan keluarga dean dahulu. ana sanggup tunggu dean. tapi ana takut dean jatuh ke tangan org lain. ana sayang dean.".

aku terkedu. rupa2nya selama ni aku tak bertepuk sebelah tangan. "aku bodoh, knapa ak pgecut sangat nk luahkan perasaan ak kt dia. setiap kali mahu mlafazkannya. aku sentiasa berfikiran negatif. sbb aku sedar sapa diri aku. pada aku wanita cantik hanya untk llaki yang kacak sahaja.

aku membuka sekeping surat lain yang ada dlm kotak itu.

"ya Allah izinkan aku bersama keluarga sekejap sahaja lagi. aku minta sedikit waktu sahaja lagi. aku nak tengok mak menangis kerana aku berjaya. aku xnak tengok mak menangis kerana aku xmampu mbahgiakannya sebelum aku mati. aku juga nak tengok adakah insan itu mlafazkan cintanya kpadaku sebelum aku tutup mata. aku nak dia jadi suamiku. yang mampu menjagaku bila aku dan anak-anakku kelak. kau peliharalah dia. kau tahu bertapa aku sayang padanya. bagilah dia kesenangan. walauapapun aku tetap bersyukur kepadaMu Ya Allah sebab bagi aku peluang untuk mengenalnya. aku berpegang pada kata, mencintai seseorang tidak semestinya memiliki jiwa dan fizikalnya, tetapi sekadar menyanyangi insan itu sepenuh hati ini. dean ana sayang kamu. terima kasih sebab jaga ana selama ini. ana tahu yang hidup ana xlama. bila2 masa ana boleh pergi menghadapNya. kalau dean ingtkn ana. dean tgok jer bintang2 kertas yang ana buat ni. maaflah, sbb xberapa nak jadi sgt. thx untuk segala2nya. dan ana tahu yang kata2 dean kat ana hanya gurauan semata-mata. ana nak tergelak bila dean cakap yg dean akan kawen dengan ana sekiranya dah xdew pompuan kat dalam dunia ni. ana suka ayat tu. salam sayang dari ana.


"makcik, ana sakit apa?" soal aku kpada ibu ana.
"ana ada penyakit lukimea" jawab ibu ana kpadaku
"kenapa saya xtahu. sedangkan saya selalu dengan dia. dah lama ke dia mghidap pyakit ni??" dengus aku
"dah lima tahun. penyakit tu bjaya dikesan masa dia tingkatan satu." jawab ibu ana

patutlah ana selalu penat. kalau aku ajak jalan2 pun mesti xlebih 2 jam. kalau lebih mesti ana merungut keletihan. masa ana masih bersekolah, ana juga selalu pengsan. tetapi, bila aku tanya mengapa, ana hanya menjawab "ana, xboleh penat, sbb tu selalu pengsan". itulah jawapan yg berulang kali aku dengar. mmg aku kagum dengan ana. walaupun dia sedang bertarung dengan penyakit, dia tetap ceria. cuma wajahnya yg sentiasa pucat tidak dapat disembunyikan.

"ana, banyak kali masuk hospital. tapi dia xnak makcik bagitahu kpada kawan2 yang lain. sbb tu ana jarang ke sekolah. dia xnak kawan2 dia risau kan dia. dan dia xsuka menagih simpati drpd org lain." tutur ibu ana dengan nada yg sedih

"sampai hati ana tipu dean" desis hatiku. aku mmg xnampak yang dia sedang menderita. dan aku juga xtahu yg ana kerap masuk hospital. memandang aku sekolah yang berlainan dengan ana. mmg aku tidak tahu langsung yang ana selalu xhadir ke sekolah. mengapakah aku bersikp kejam ngan ana. pennyesalan sebesar gunung timbul dalam hati ini. terasa berat diri ini untuk berbicara. aku hanya mampu mgalirkan air mata penyesalan. mmg aku xlayak untuk ana. aku xmgambil berat tentang dirinya.

"kotak tu kakak pesan, suruh bagi kat abg bila kak ana dah xdew. abg sabar erk. kami pun sedih juga." tutur ana sambil mengesat air mata

"ana tahu kah engkau yang dean dh lama sukakan ana. dean malu dengan ana sbb itulah dean mncari beribu alasan bila ana soal dean tentang cinta. dean xtahu nak bahgiakan hati orang. dean xpandai. dean takut buat ana kecewa dan kehilangan ana buat slamaya." bisik hatiku

hari ini genap dua tahun ana pergi meninggalkan aku. kerana perasaan takut dan malu, ak mengecewakan ana di saat kematiannya. andai saja, masa dapat diundur pasti aku ucapkan tiga perkataan kpadamu. "dean cinta ana". ana, percayalah ana cinta pertama dean. senyuman mu tetap berada dalam ingatanku. cinta ana MILIKKU ABADI SELAMAYA..~~

0 comments: