penyanyi cilik


best tul budak ni nyanyi..nama glamour dia Azzam..boleh nangis aku dengar suara dia..mmg meletopp!!!..dan lagu solo budak yang bertajuk KEKASIHKu ni pom best..lau teringat kat umah mesti play lagu ni..ni aku postkan lirik lagu tu..korang hayatilah lagu ni erk..huhuhuhuhu


padamu ku harap
kau hadir dlm hariku
agarnya kau tahu betapa ku cinta padamu
setiap masa seolah ada di sisi
kasih pada mu takkan pernah padam
sayangku hanya engkau di hati
jiwaku ini kosong tanpa pelukan mu.. oh belaianmu
kasih kita di takdirkan bersama
takkan engkau ku persiakan
walau kekadang hati mudah terusik oleh ku
selagi adanya nyawa seluruh daya
akan ku pastikan kau gembira
segala cinta dan saat bahagia
ohh, ibu... keakhir hayatku...

LAGU TERBAIK ANTARA YANG TERBAIK


Fuhhh!!! dengar jew lagu ni mesti naik bulu roma aku. lagu yang aku maksudkan ialah lagu kebahagian dalam perpisahan. lagu ni dinyanyikan oleh peserta AF8 yang baru jew melabuhkan tirai persembahan baru-baru ni. namanya syahir. dan syahir ni dapat no 1 tau. untung mamat ni. suara sedap dan muka pom boleh tahan. memang pakej serba lengkap nak jadi seorang penyanyi ni. best giler lagu ni. memang tak puas dengar. dengan lunak suar yang macho dan ditambah pulak dengar muka yang sememangnya macho...huhuhuhuhu. hari-hari aku layan lagu ni. memang takat didih lah. so, aku postkan lirik lagu ni kat blog ni..


TAJUK LAGU: KEBAHAGIAN DALAM PERPISAHAN
NYANYIAN: SYAHIR AF 8

Tak perlu ucapkan sepatah kata

Kerana lantang terbaca dari muka

Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa

Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi

Betulkan kesilapan perhubungan ini

Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan

Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum

Bunga yang layu pada musim luruh

Yang dulunya mekar disinar suria

Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata

Semakin lama semakin rekah

Menimbulkan tanya apa mungkin kita

Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan

Ku dah cukup menampung selautan

Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam

Kerana cuba menafi realiti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum

Bunga yang layu pada musim luruh

Yang dulunya mekar disinar suria

Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata

Semakin lama semakin rekah

Menimbulkan tanya apa mungkin kita

Temu kebahagiaan dalam perpisahan


KESEDIHAN YG MELAMPAU VS MENGILA

syukur alhamdullilah sampai jugak ahkirnya dekat bumi Ipoh ni..tepat pukul 4:06 pg bas Shamisha yg aku naiki sampai dekat terminal Bas Gopeng. tapi aku masih belum puas bercuti lagi. rasa macam nak stay jew dekat umah. demi segulung ijazah aku gagahkan jugak walaupun terpaksa. kesedihan aku ditambah lagi dgn khabar berita yang menyakitkan hati sesiapa sahaja. ade ke patut kena pindah blok. gara-gara buda baru yang akan daftar esok x cukup bilik nak duduk. gila ko nak pindah blok. bknya dekat jauh tahap gaban tu. kalau ambik cab pom pakcik cab tu caj RM5. memang xpatut. dah la tu kongsi 3 orang satu bilik. dah tu sorang lagi tu nak tidur mana?. atas lantai. mahu tak kena flue budak tu kalau seminggu tidur atas lantai. tapi demi adik-adikku yang "tercinta" yg bakal menginap kat sini besok aku "sanggup". adik-adik memang bawa "tuah". cuti pom lambat lagi.. rasa nak balik besok jew. lambat tu bulan 9. aku rindu kat famili aku. wawawwawaawa